~ Followers

Pages

Monday, January 9, 2012

Sapa tengah Sedey??? Mai sini nak habaq

Kita manusia biasa ... tk lari dr melakukan khilaf
ada yang terima masalah/dugaan/cabaran
yang besa-besa ja... ada yang
sedikit berat... ada yang
berattt dugaannya... dan ada jugak yang
SANGAT berat apa yang dihadapinya..

soklan yang orang slalu dok tanya...
"pasai pa pulak aku yang dok kena semua ni?"
kan kan kan? jawapan dia pon dahhhh banyakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk sangat
kat pakcik gugel. tanya ja pakcik gugel, ramai yang share benda ni kat blog depa...

yam nk gak share dlm blog ni kot-kot ada yang dah lupa...
ya laaah, kita baca benda ni time kita dilanda masalah ja..
cuba baca time kita dalam nikmat Allah... Subhanallah lagi nikmat.. nak tau benda apa?


haaa ni kan yang kita dok tnya setiap kali ada masalah???


tanya lagi


tanya lagi.... hmmm habih kuat pun kita akan ...


ni.. mai nak habaq/bagitau.. semua tu dah jawab dah dlm Al-Quran...

KENAPA AKU DIUJI ?
Surah Al-Ankabut, ayat 2-3
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan ( saja ) mengatakan : “kami telah beriman “, sedangkan mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.


KENAPA AKU TIDAK MENDAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN? 
Surah Al-Baqarah, ayat 216
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi(pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui,sedangkan kamu tidak mengetahuinya. 


KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
Surah Al-Baqarah, ayat 286
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.


RASA KECEWA?
Surah Al-Imran, ayat 139
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang2 yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang2 yang beriman. 


BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA?
Surah Al-Imran, ayat 200
Hai orang2 yang beriman,”bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetapkanlah bersiap siaga (diperbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung. 
Surah Al-Baqarah, ayat 45 Dan mintalah pertolongan (kepadaAllah) dengan jalan sabar dan solat. Dan sesungguhnya solat itu amatlah berat,kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.


APA YANG AKU DAPAT DARI SEMUA INI?
Surah At-Taubah, ayat 111
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang2 mukmin, diri dan harta mereka dan memberikan syurga untuk mereka. 

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP? Surah At-Taubah, ayat 129 Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Allah selain Dia.Hanya kepadaNya aku bertawakal.


AKU TIDAK DAPAT BERTAHAN LAGI !!!!!
Surah Yusuf, ayat 37
Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir.

sooooooooo, janganlah dok sedey... muka choommm ja... 
kuatkan semangat


lastttt sekali.. JANGAN sekali-kali tinggai benda ni.... Apa dia yang jangan tinggai ???


S.E.N.Y.U.M !!!

psssst : tuan blog masih lagi dalam mood diserang
cik hidung yg berayaq..dan  cik tekak yg merajuk... dok bukak fb, 
tgk status kawan2 baik tgh bersedih.. gagahkan jua diri ini mengHapdet blog ni agar
ianya menjadi penawar duka....

haa haaa haaaaaaaaaCHOM!



Photobucket

1 comment:

MiYOKO SuKi said...

sedih tp sentiasa senyum..n igt Allah